MOBI Norhayati Berahim À À Sentuhan Kasih Epub Ú Sentuhan Kasih Epub /

Aku merinduinya dalam derai dingin saljiSinopsis Belakang Buku Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia Namun dia rela menyimpan semuanya di dalam hati tega membiarkan diri luka sendiri Tapi sampai bila harus disimpan lemas luka hatinya? Dia jauh di negara orang lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut perlukah ditolak? Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji atau terus menanti panasnya bahang asmara utk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama mati


10 thoughts on “Sentuhan Kasih

  1. says:

    35 Bintang Entah angin dari mana yang datang menyapa tiba tiba terjebak dengan aktiviti rereading Perasaan membaca tu masih sama seperti dulu macam lama sangat tp rasanya dah lama juga tu Kisah yang masih relevan cuma ada beberapa perkara yang terasa pelik Zaman dah berubah perkembangan teknologi juga sudah bertambah maju boleh jadi rasa perbezaan zone masa tu Aduh mcm lah duduk planet lain 🤣 Suatu masa lalu ketika jiwa masih muda remaja saya memang pengikut tegar penulis Saya sentiasa berpuas hati dgn watakjalan cerita idea dan tema yang digunakan penulis Tema keluargaan Anak perempuan yang selalu ditindas sampai satu tahap saya rasakan apakah penulis ni ada masalah dgn ayahnya sendiri sampai kebanyakkan novel diselit isu yg sama Tapi itu hanyalah imiginasi penulis utk wujudkan watak wanita yg Ampuh


  2. says:

    Bila mood membaca sesat entah ke laut dalammula la aktiviti rereading n mencari buku2 lama Novel ni terpilih sebab keluar kat timeline hari tuBila baca baru teringat owh dah pernah baca dah dulu2 zaman sekolahTapi tetap habiskan semula tanpa skipMasih relevan untuk dibaca kini dan ayat2 penulis lama jugakla yang dirindutak meleret dan ada jiwanya


  3. says:

    375 bintangOkay sekarang saya tahu kenapa ramai yang suka buku niBiasanya dalam novel NB heronya ego tinggi dan suka dimanjakan oleh perempuan Jenis yang angkat tangan pun ada haishh Macam tu pun nak jadi hero jugak keBerlainan dengan hero kali ni Zakry ni bukan setakat kaya dan handsome tapi sangat sangat penyabar dan bersikap sopan serta lembut melayan perangai tak yakin Inas Setia sanggup menunggu bertahun tahun lamanyaMemang kanda pujaan dinda lah


  4. says:

    Sebagai anak yang patuh dan menurut kata Inas menerima pernikahannya dengan Ikhmal lelaki pilihan ayah dan emak Lelaki yang dilobi sebagai lelaki yang baik kaya dan banyak menolong ayahnya ketika berdepan dengan masalah hampir bankrap Namun begitu Inas tidak mampu bertahan apabila segala rahsia dan perangai Ikhmal terbongkar seminggu selepas perkahwinan mereka Kehadiran wanita yang memperkenalkan diri sebagai Kalsom telah menjadi pemangkin untuk Inas meninggalkan Ikhmal Dia rasa tertipu ditambah lagi dengan sikap Ikhmal yang ego dan sungguh angkuhtidak meminta maaf malah telah mengeluarkan kata kata yang pedihKeputusan Inas telah menyebabkan ayahnya Cikgu Dali menuduh Inas anak yang tidak bersyukur dan mengenang budi sehingga sanggup menghalau Inas dari rumah Ternyata kerana ingkar untuk terus meneruskan perkahwinan itu Inas hilang segalanya keyakinan diri kasih sayang ayah emak serta raa percaya kepada cinta lelakiWalaupun dia pernah menyatakan kepada kawan baiknya Niza yang dia tidak mungkin lagi kembali ke bumi Norway selepas dua tahun selama belajar untuk ijazah sarjananya ternyata takdir hidup telah membawa dia ke sana lagi Bukan senang untuk dia meneruskan hidup di bumi itu ditambah lagi dengan cuaca sejuk yang tidak mahu bekerjasama dengan dirinya Dia bekerja kuat demi mahu ayah tahu walaupun tanpa bantuan Ikhmal dia masih mampu untuk bahagia dengan caranya sendiri Kerana desakan hidup yang agak tinggi kos hidup di Norway memaksa Inas menerima cadangan Zakry demi menghalalkan cara untuk mereka tinggal serumah selepas Inas tiada tempat tinggal Walaupun begitu perjanjian Zakry memberi kebebasan untuk mereka menjalani kehidupan masing masing tanpa batasan Zakry seorang lelaki yang baik tidak memaksa dan amat toleransi Dia tidak pernah memaksa Inas menerima dirinya atau memaksa Inas untuk bercerita tentang kisah silam isteri yang dicintai dalam diam itu Baginya dia memberi sepenuh masa untuk Inas bersedia Kehadiran Dayang Amy yang agak rapat dengan Zakry sedikit sebanyak buat rasa cemburu Inas hadir Kedudukannya dirasa sedikit tergugat namun untuk mendapatkan kepastian Zakry dia rasa dia tidak layak Dia hanya seorang janda yang tidak mempunyai apa apa jika mahu digandingkan dengan Zakry yang mempunyai segalanyaPertemuan kembali Inas dan Niza telah banyak mempengaruhi perhubungan Inas dan Zakry Niza yang sentiasa riang dan ceria telah mampu membuka hati Inas untuk melepaskan kisah silamnya dan menerima kasih Zakry yang memang jelas sudah lama menantinya Kepulangan Inas ke Malaysia selepas bekerja dengan syarikat Zakry bersama modal yang diberikan telah memberi impak yang bukan sedikit kepada kaitan kisah silamnya Niza yang beria ia menyuruh Inas untuk mengambil alih Syarikat Megah yang diambang keruntuhan tanpa Inas tahu bahawa syarikat itu milik bekas suaminya Ikhmal Di sini bermulanya konflik di mana Ikhmal tidak tahu bahawa dia bakal kehilangan syarikat kepada bekas isterinya Ditambah lagi dengan pelantikan Cikgu Dali sebagai pengarah di syarikat tersebut menjadi tamparam kepada Ikhmalnamun lelaki itu tidak pernah mahu sedar akan perangai buruknya Secara dasarnya plot yang nampak ringkas tanpa konflik yang rumit KakChik suka sikap Inas dan Zakry yang tidak cepat melatah dalam perhubungan mereka Selain itu perhubungan Inas Kalsom dan Niza yang rapat walaupun mereka tiada pertalian darah Watak Kalsom adalah watak biasa bagi isteri yang teraniaya yang masih mahu melindungi suami walaupun sudah berkali terluka Satu kisah yang manis bagi yang niatnya suci dan balasan Allah bagi cash bagi anak yang derhakaTerima kasih Kak CT bagi pinjam buku ni ;


  5. says:

    hebatnya novel dolu dolu nih baca 6 tahun yang lepas rasanya jalan cerita masih segar walau kuntuman bunga sudah lama layu zakry ni antara hero favorite yang tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan keke


  6. says:

    Sentuhan Kasih ni membawa kita menyelami dilema Inas yang terpaksa berkahwin dengan Ikhmal atas alasan kononnya Ikhmal tu baik dan banyak membantu keluarga mereka Yang sebenarnya ayah Inas ni banyak berhutang dengan Ikhmal jadi Inas terpaksa bersetuju sebab tak mahu kecewakan ayah dan ibunyaBeberapa hari selepas perkahwinannya Inas didatangi oleh seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Kalsom Rupanya Kalsom ni isteri pertama Ikhmal dan tujuan Kalsom bertemu Inas adalah untuk berkenalan dan sekaligus membongkar status sebenar Ikhmal Inas yang rasa tertipu terus berdepan dengan Ikhmal untuk dapatkan penjelasan Rupanya Ikhmal ni memang si mata keranjang Pantang nampak perempuan berdahi licin sikit Oleh kerana Inas dah rasa tertipu dia pun minta dilepaskan Malangnya ayah Inas mengamuk dan halau Inas dari rumah Itu juga yang menjadi penyebab Inas membawa diri merantau ke NorwaySetelah beberapa ketika di Norway Inas ada masalah tempat tinggal bila apartment tempat tinggalnya diambil kembali oleh tuan rumah Masa inilah Zakry ambil peluang untuk tawarkan tempat tinggal sambil dekatkan diri dengan Inas Zakry ni sebenarnya terpikat dengan sikap baik Inas masa pertemuan pertama mereka dalam tren di Norway dulu Jadi untuk menghalalkan mereka tinggal serumah Zakry mencadangkan mereka bernikah Inas dapat tempat tinggal Zakry pula dapat seorang isteri walaupun cuma atas kertas jeMemang sabarlah Zakry ni menanti Inas Kehadiran Dayang Amy yang kerap berurusan dengan Zakry berjaya menimbulkan rasa cemburu dalam hati Inas Kedatangan Niza kawan baik Inas dari Malaysia kemudiannya juga banyak membantu mengeratkan hubungan Zakry dan Inas niBahagian yang saya paling suka adalah bila Inas berjaya membeli saham pegangan Ikmal dalam Syarikat Megah sejurus selepas Inas menyertai syarikat milik Zakry Siap letak nama ayahnya lagi sebagai salah seorang pengarah dalam syarikat tu Phew It's a payback time Komen saya Bagi yang sukakan kisah cinta selepas kahwin buku ini mungkin salah satu pilihan untuk bahan bacaan anda Cuma janganlah terlalu mengharap yang anda akan jumpa banyak adegan 'manis bergula' dalam naskhah ini ya? Zakry ni tak miang macam Nik Arif walaupun isteri dah ada depan mata ;


  7. says:

    Ternyata aku lebih sukakan naskah2 penulis ini semasa dia bersama CESB berbanding keluaran NB Kara Ringkas lurus telus dan santaiZakry memang memikat biarpun tak semenawan Nik Arif Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


  8. says:

    Plotnya adalah kahwin atas pilihan keluarga bercerai dek rasa tertipu dengan suami yang disangka bujang dihalau keluarga lari bawa diri ke Norway bertemu jodoh kali ke2 dengan lelaki baik handsome beriman kaya Jodoh yang diatur keluarga tak semestinya baik jika wali yang memilih calon suami untuk anak gadisnya tak mengikut lunas Islam dan atas sebab duniawi Yang menjadi mangsa adalah anak Inas anak yang menurut perintah Selepas beberapa hari berkahwin rahsia si suami terbongkar apabila isteri pertama tampil depan Inas Dek rasa tertipu Inas meminta cerai dan lari ke Norway sementelah ayahnya memaksa Inas kembali kepada Ikmal si lelaki miang Kisah selanjutnya adalah di Norway dan bertemu jodoh dengan Zakry lelaki berketurunan Jerman Aceh Melayu Rupa2nya Zakry Inas pernah berjumpa didalam keretapi semasa Inas masih bergelar pelajar di UFO Sejak itu Zakry menyimpan perasaan pada Inas yang baik hati Setelah beberapa ketika berada di Norway Inas yang terdesak mencari rumah sewa bersetuju berkahwin dengan Zakry dengan bersyarat Setelah 2 tahun tinggal serumah tak sebilik cinta Inas mula bertunas terhadap suaminya selepas sahabatnya Niza dari Malaysia yang datang bertandang membuka mata dan hatinya ttg kebaikan dan kasih suaminya Kisah selanjutnya adalah bagaimana ayah yang pernah menghalau anak manjanya insaf dan Inas diterima semula keluarga Perniagaan Zakry berkembang dan Inas membalas dendam terhadap Ikmal dengan cara membeli saham syarikat IkmalTips bahagia rumahtangga yang diketengahkan cemburu salah faham gangguan pihak ketiga perlu diatasi dengan komunikasi yang baik dan saling mempercayai Usik mengusik bertolak ansur maaf memaafi mengeratkan hubungan suami isteri


  9. says:

    5 untuk zakry


  10. says:

    Kisah Inas yg dipaksa berkahwin oleh ayahnyakerana terhutang budi Inas menerimanya tp x sangka selepas berkahwin Inas mendapat tahu yg suaminya telah berkahwindgn rasa tertipu Inas minta dilepaskan Inas dihalau oleh ayahnya dan seterusnya Inas berhijrah ke Norwaydisana Inas berjumpa dgn Zakry dikala mengalami kesusahan tmpat tinggal Inas diajak berkahwin dan tggal bersamanyahanya untuk menghalalkan sesuatu yg haramTp selama 2 tahun beekahwin mmg Zakry tidak pernah mengambil kesempatantersangatlah baikInas yg sudah 2 tahun hidup dgn Zakry mula jatuh cinta dgn ZakryBila masing2 luahkan perasaan x sangka Zakry ni romantikInas bahagiaDan Zakry jugaklah yg membantu Inas membalas dendam kepada bekas suaminya